MHCA Sarawak catat rekod miliki kostum Singa Hakka terbesar di Malaysia

Spread the love

KUCHING, 20 Ogos : Persatuan Kebudayaan Hakka Malaysia (MHCA) Sarawak buat kali kedua berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book Of Record (MBR) sebagai persatuan yang mempunyai kostum Singa Hakka terbesar di Malaysia.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, kali pertama kejayaan itu dicatatkan pada dua tahun lepas menerusi rekod Tarian Singa Hakka.

Katanya, ini secara tidak langsung membolehkan kaum lain untuk mengenali dan memahami budaya Hakka.

“Ini juga sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan wang dan menjadi tanggungjawab semua orang untuk meneruskan budaya kita dengan mencari akar sebenar, seterusnya dapat membentuk persefahaman apabila kita memahami antara satu sama lain dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Largest Green Hakka Lion King – MBR di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) semalam.

Yang turut hadir, Presiden Sarawak Persatuan Kebudayaan Hakka Malaysia, Michael Liong.

Pada 2020, persatuan berkenaan mencatat rekod MBR apabila membuat persembahan tarian Singa Hakka menggunakan 71 ekor singa di sebuah pusat membeli – belah di negeri ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.