Generasi muda penerus usaha pacu kemajuan negara – Awang Tengah

Spread the love

LAWAS, 20 Ogos : Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, generasi muda mempunyai tanggungjawab besar untuk memacu kemajuan negara ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak itu, pada masa sama, golongan berkenaan juga perlu meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.

“Oleh itu, saya menyeru agar generasi muda supaya melihat sejarah berliku yang dilalui oleh para pejuang kemerdekaan terdahulu yang berjuang dan berusaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kayuhan Amal Fun Ride yang diadakan sempena sambutan Ambang Kemerderkaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

Acara itu disertai seramai 300 pengayuh dari Lawas dan Sabah yang mula berkayuh di Bandar Lawas ke Kuala Lawas dan kemudian berakhir di Taman Awam Lawas.

Berhubung sambutan Hari Kebangsaan, Awang Tengah berkata, kemerdekaan yang dikecapi perlu diisi dengan pelbagai usaha.

“Ini demi memastikan generasi mendatang dapat mewarisi sebuah negara yang maju dan kekal berdaulat,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.