Treler ‘terjun’ jejambat di PLUS

Spread the love

IPOH, 19 Ogos : Sebuah treler yang membawa kontena tanpa muatan terjunam dari jejambat selepas hilang kawalan di Kilometer (km) 271.2 , Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, kenderaan berat itu dikendalikan oleh seorang pemandu lelaki berusia 50 tahun namun dia dilaporkan hanya cedera ringan.

Difahamkan ketinggian jejambat tersebut adalah kira-kira 10 meter.

Kejadian itu menyebabkan laluan Jalan Kuala Kangsar terhalang selepas sebahagian badan kontena merintangi jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati pemandu terbabit mempunyai 22 rekod saman atas pelbagai kesalahan trafik termasuk empat saman kemalangan.

Katanya, treler yang terlibat dalam kejadian itu juga mempunyai 41 rekod saman trafik terkumpul.

“Manakala, ujian saringan air kencing terhadap lelaki itu mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati dia tidak memandu di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan itu,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.