Tindakan pantas Bomba berjaya elak kebakaran lebih teruk di Sibu

Spread the love

SIBU, 19 Ogos : Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkan kemusnahan lebih besar akibat kebakaran membabitkan rumah teres di Lorong Sukun, Jalan Hulu Lanang, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sarawak, Penguasa Kanan I, Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.59 pagi.

Menurut beliau, setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral di tempat kejadian, api sedang marak di sebuah rumah teres dua tingkat.

“Anggota BBP Sibu Sentral terus memulakan operasi pemadaman secara offensive  di  tingkat atas yang telah 30 peratus terbakar manakala tingkat bawah musnah 100 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kebakaran juga menjejaskan dua buah rumah bersebelahan yang masing-masing terbakar sebanyak 10 peratus di bahagian tempat letak kereta.

Katanya, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.36 pagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.