Sarawak sediakan dana untuk NGO bantu rawatan paliatif – Fatimah

Spread the love

KUCHING, 19 Ogos : Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menyokong perkhidmatan penjagaan paliatif oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata malah Kerajaan Sarawak akan membantu menyumbangkan dana kepada NGO yang terlibat.

Fatimah berkata, langkah ini selaras dengan penekanan terhadap pembangunan kesejahteraan sosial.

“Oleh itu, saya menyeru Two Tree Lodge Hospice Kuching untuk menyediakan kertas kerja bagi menaik taraf mutu perkhidmatan mereka sekaligus menjalinkan kerjasama bersama kerajaan.

“Saya memuji perkhidmatan yang disediakan kerana mereka ikhlas dalam memberi bantuan kepada pesakit terminal,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat berkenaan di sini hari ini.

Menurut Fatimah, ketika ini terdapat lima NGO yang menawarkan penjagaan paliatif iaitu Persatuan Kanser Kebangsaan (NCS) Cawangan Sarawak, Persatuan Penjagaan Paliatif Miri, Kuching Life Care, Two Tree Lodge Hospis Kuching (Two Tree Lodge) dan Persatuan Hospis Sarawak di Kuching.

“Jumlah sukarelawan yang terlibat dalam perkhimatan ini lebih 260 orang.

“Ini sesuatu yang sangat membanggakan kerana jika ianya berkembang dengan baik, perkhidmatan ini akan diwujudkan di luar Kuching,”katanya.

Beliau memberitahu,di bawah kementerian juga turut disediakan bantuan untuk menggalakkan pihak terlibat menjalankan aktiviti bagi menangani isu dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. -TVS 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.