Konvensyen KIK langkah tepat ke arah peningkatan perkhidmatan kerajaan

Spread the love

KUCHING, 19 Ogos : Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang melibatkan penyertaan di kalangan wakil jabatan serta agensi kerajaan merupakan langkah tepat ke arah peningkatan kualiti penyampaian.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, menerusi KIK, ianya mamp melonjakkan lagi prestasi di kalangan penjawat awam terlibat.

“Inovasi merupakan salah satu agenda yang telah digariskan di bawah Strategi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 oleh Kerajaan Sarawak.

“Apa yang diharapkan menerusi pelan ini adalah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri melalui agenda inovasi sekaligus menjadikan rakyat di Sarawak berkembang maju,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Sr. Zaidi Mahdi pada majlis penutup konvesyen KIK malam tadi.

Yang turut hadir, wakil Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Sarawak Forestry Corporation (SFC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

Sementara itu menerusi teks ucapan berkenaan, Awang Tengah berkata, Sarawak juga menyasarkan peningkatan prestasi yang disumbang oleh data dan inovasi menjelang 2030.

“Ketika itu (2030) kita (Sarawak) akan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar,”katanya.

KIK merupakan satu inisiatif untuk melonjakkan prestasi, kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan yang memanfaatkan semua pihak.

Program yang berlangsung dua hari itu disertai oleh 23 kumpulan yang terdiri daripada wakil jabatan dan agensi di bawah seliaan MUDeNR.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini turut mengiktiraf inisiatif yang dihasilkan oleh para penjawat awam serta menyediakan pelbagai anugerah terhadap penghasilan idea-idea baharu yang inovatif dan kreatif menerusi anugerah tertinggi State Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.