Dua maut lori bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik di Tanjong Manis

Spread the love

TANJONG MANIS, 19 Ogos : Dua lelaki disahkan maut selepas lori membawa jengkaut yang dinaiki mereka tersangkut pada kabel elektrik, di Jalan Kampung Semalau di sini, hari ini.

Insiden dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi tadi ketika kenderaan berat itu melalui jalan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memberitahu, sepasukan anggota yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Wan Umar Wan Alek bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 pagi.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.

“Dua orang lelaki dewasa tidak sedarkan diri berkemungkinan terkena renjatan elektrik telah disahkan meninggal oleh petugas kesihatan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL. – TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.