Aiman Group teruskan jelajah asnaf di Kampung Gedong

Spread the love

SIMUNJAN, 19 Ogos : Aiman Group Of Companies meneruskan siri kedua Jelajah Asnaf di Kampung Gedong, Simunjan.

Pengarahnya, Samat Othman berkata, program itu merupakan kesinambungan siri pertama yang berjaya dianjurkan di Kota Samarahan baru – baru ini.

Katanya, bagi program di kampung berkenaan, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tabung Baitulmal Sarawak untuk mengenal parti golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

“Selain asnaf, pihak syarikat dan rakan kerjasama turut menyerahkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik termasuk mereka yang menghidap penyakit tertentu,”katanya kepada pemberita selepas program penyerahan bantuan berkenaan.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Gedong, Abdul Khalid Manap dan Pengarah Aiman Cleaning and Maintenance Services Sdn. Bhd.,Effendy Akil.

Sementara itu, beliau memberitahu, senarai penerima bantuan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama disediakan oleh Ketua Kampung terlibat.

Beliau memberitahu, inisiatif berkenaan akan diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh Sarawak selepas ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.