Tarian dan Muzik Orang Ulu akan dipromosikan di peringkat antarabangsa

Spread the love

GEORGE TOWN, 18 Ogos : Persatuan Kayan Sarawak berhasrat untuk mempromosi program Tarian dan Muzik Orang Ulu, Sarawak ke peringkat antarabangsa demi memperkasakan kebudayaan komuniti itu kepada masyarakat luar.

Pengerusi Persatuan Kayan Sarawak Danny Bungan berkata rancangan masa hadapan persatuan adalah untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memperoleh sokongan kewangan bagi mempromosikan persembahan itu bermula daripada peringkat domestik, Asian, Eropah dan Amerika Syarikat.

“Tujuan kita memang untuk mempromosi kebudayaan terutamanya tarian dan kebudayaan bagi memelihara budaya Orang Ulu. Kami sedang berbincang dengan kementerian tentang cara bagaimana mereka boleh membantu mempromosikan persembahan tarian dan muzik Orang Ulu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian persembahan Tarian dan Muzik Orang Ulu oleh Persatuan Kayan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Straits Quay Marina dari 17 hingga 19 Ogos yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin semalam.

Dalam pada itu, Danny berkata program kebudayaan berkenaan mampu mempromosi secara aktif tarian dan muzik masyarakat Orang Ulu kepada rakyat Malaysia serta pelancong asing bagi memastikan kelestarian budaya Orang Ulu serta dapat memperkenalkan kebudayaan Orang Ulu secara langsung kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.