Skuad boling remaja lelaki raih pingat perak acara berpasukan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Ogos : Pemain boling remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara berpasukan di Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, Thailand malam tadi.

Skuad negara yang terdiri daripada Izz Naqiuddin Putera Islahuddin, Syabil-Azam Syamsul-Azam, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh mencatatkan 5,240 jatuhan pin malam tadi, manakala pingat emas diraih oleh skuad Hong Kong A dengan catatan 5,299 jatuhan pin, dan Singapura B yang mencatatkan 5,060 jatuhan pin merangkul pingat gangsa.

Sementara itu Shaqeem Izwan memenangi pingat gangsa bagi kategori all event lelaki selepas mencatatkan 4,060 jatuhan pin.

Pemain boling Taiwan Lan Shao-Kang muncul juara dengan catatan 4,163 jatuhan pin, manakala pingat perak dimenangi oleh Hassan Qasem dari Kuwait A dengan 4,090 jatuhan pin.

Kejohanan enam hari itu dijadualkan berakhir Jumaat ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.