Badan amal terima RM65,000 sumbangan gerai KFF 2022

Spread the love

KUCHING, 18 Ogos : Gerai-gerai jualan di Kuching Festival Food Fair 2022 (KFF) menyerahkan sumbangan berjumlah RM65,000 kepada 18 buah badan amal di Sarawak.

Antara badan amal yang menerima sumbangan itu termasuklah Sarawak Breast Cancer Support Group, Pertubuhan PDK Sentuhan Kasih Kuching dan Kuching Palliative Association.

Hadir menyaksikan majlis penyampaian replika cek ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Sementara itu, Dr. Sim berkata, KFF 2022 merupakan platform rakyat Sarawak menjadi inovatif dan kreatif selari dengan pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Gastronomi.

“KFF merupakan satu pengalaman yang menggembirakan kepada peniaga serta pengunjung selepas kita bangkit dari COVID-19,”katanya.

Ujar beliau, menerusi KFF 2022 juga, MBKS telah membuka peluang kepada pelbagai sektor selain makanan dan minuman untuk pembangunan ekonomi Sarawak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.