Winnie Albert mengaku terima tawaran untuk persembahan besar di KL

Spread the love

KUCHING, 17 Ogos : Penyanyi Iban terkenal Sarawak, Winnie Albert mengakui dia telah menerima tawaran untuk terlibat dengan persembahan berskala besar di Kuala Lumpur.

Penyanyi berasal dari Sri Aman itu berkata, dia gembira dan bersedia untuk menjayakan program berkenaan.

“Jika ada rezeki, saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Harith Iskander tawar Winnie Albert buat konsert di Kuala Lumpur

Winnie baru – baru ini tular di media sosial apabila videonya mendendangkan lagu Percayalah nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza di sebuah restoran tular sehingga ke luar negara.

Sebelum ini media melaporkan pelawak terkenal, Harith Iskander dan komposer Ajai turut tertarik dengan bakat luar biasa dimiliki penyanyi ini.

Bercerita tentang ‘populariti segera’ yang diraihnya ketika ini, Winnie menganggap ianya sebagai rezeki Tuhan.

“Saya masih terkejut sebenarnya namun berterima kasih kepada peminat yang menyukai nyanyian saya,” katanya yang kini semakin sibuk dengan persediaan untuk sebuah konsert pada hujung tahun ini.

Katanya Winnie yang pernah popular dengan lagu Iban antaranya Beperang Dalam Petang dan Nadai Ganti Nuan berkata, ‘angan-angan Mat Jenin’ untuk dikenali di kalangan kelompok peminat lebih besar kini menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Winnie turut berterima kasih kepada TVS yang sentiasa menyokong kariernya.

Sebelum ini, Winnie pernah muncul dalam program Panggau Kitai dan Konsert Berkat Gawai terbitan TVS yang telah mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.