Sarawak United kongsi mata dengan PJ City di Petra Jaya

Spread the love

KUCHING, 17 Ogos : Sarawak United FC akur apabila terpaksa berkongsi mata dengan Petaling Jaya City (PJ City) FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini malam ini.

Tamat aksi 90 minit, tiada jaringan terhasil biarpun kedua – dua pasukan saling mengasak.

Pada minit kelima, penyerang PJ City FC, Kugan Dhevarakjak hampir meletakkan pelawat di hadapan namun percubaannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Sebahagian penyokong setia Ngap Sayot memberi sokongan kepada pasukan mereka pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Ngap Sayot kemudian mula mengatur serangan balas dengan kesempatan terbaik hadir menerusi Uche Agba pada minit ke-16 dan 19 namun penyudahnya tidak berjaya membolosi gawang lawan.

Bersambung babak kedua, Uche sekali lagi memberi ancaman kepada pelawat namun tolakan ke arah gol lawan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan PJ City FC.

Keputusan 0-0 itu kekal hingga wisel penamat.

Keputusan lain menyaksikan Terengganu FC menewaskan Selangor FC 2 – 0 di Kelana Jaya manakala Sabah FC bangkit pada minit – minit terakhir perlawanan untuk mengikat Kedah Darul Aman FC 1-1 di Alor Setar. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.