Sarawak akan bina dua lagi pusat konvensyen mega mirip BCCK

Spread the love

KUCHING, 17 Ogos : Kerajaan Sarawak merancang untuk membina dua lagi pusat konvensyen ‘mega’ mirip Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di bandar raya ini dan Miri.

Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Persembahan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perancangan itu bagi memastikan negeri ini bersedia untuk menganjurkan persidangan yang lebih besar pada masa akan datang.

Katanya, projek berkenaan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Pusat konvensyen sedia ada kini tidak dapat lagi menampung jumlah yang besar.

“Oleh itu, tapak yang dicadang untuk membina pusat konvesyen baharu di Kuching ialah berhampiran BCCK,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berhubung pembinaan pusat konvensyen baharu di Miri, Abdul Karim berkata, lokasinya masih belum diputuskan ketika ini.

“Selain itu reka bentuk pusat konvesyen baharu juga hanya akan diketahui selepas diluluskan oleh kerajaan negeri,”katanya.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu kerajaan bercadang membina pusat konvensyen sebagai usaha untuk menyediakan tempat yang sesuai bagi penganjuran acara berskala besar.

Kapasiti BCCK ketika ini mampu menampung 1,500 perwakilan, dewan bankuet untuk 2,000 kapasiti dan turut mempunyai 14 bilik mesyuarat.

Selain itu ia juga mempunyai ruang pameran seluas 2,500 meter persegi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.