Malaysia raih pingat perak acara berpasangan wanita

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Ogos : Gandingan pemain remaja negara, Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan, meraih pingat perak dalam acara berpasangan wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, malam tadi.

Pada saingan di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin itu, Anis Hannani dan Adania memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En, sebelum mencatat 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan.

Baca artikel berkaitan > > > Malaysia sambar emas hari pertama Kejohanan Boling Remaja Asia

Gandingan Singapura itu berjaya menafikan kemenangan pasangan negara selepas mencatatkan 2,466 jatuhan pin untuk meraih pingat emas.

Pingat gangsa pula diraih gandingan Taiwan, Huang Hsin Tsen dan Tsai Zhu Han, yang membuat 2,343 jatuhan pin.

Dalam pada itu, bagi acara berpasangan lelaki, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatatkan 2,559 jatuhan pin.

Pingat emas acara itu dimenangi gandingan Taiwan, Lan Shao Kang dan Cheng Shao Hua (2,748 jatuhan pin) sementara pingat perak menjadi milik gandingan Singapura, Mathieu Louis dan Ryan Goi Chee Hean dengan catatan 2,708 jatuhan pin. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.