Lebih 8,900 peserta sahkan penyertaan Kuching Marathon 2022

Spread the love

KUCHING, 17 Ogos : Seramai 8,906 pelari setakat ini telah mengesahkan untuk menyertai acara Kuching Marathon 2022 pada 2 Oktober depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, daripada jumlah itu seramai 5,811 merupakan peserta Sarawak manakala selebihnya dari Semenanjung Malaysia, Indonesia, Singapura dan Hong Kong.

Katanya, acara ini telah memasuki edisi ketujuh penganjurannya selepas kali terakhir pada 2019.

“Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu full marathon yang membabitkan jarak sejauh 42 kilometer (km) yang bermula di Padang Merdeka pada pukul 1 pagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, tiga lagi kategori ialah half marathon membabitkan jarak sejauh 21 km yang akan dilepaskan pada pukul 4 pagi.

“Selain itu, penganjur turut mempertandingkan acara fun run sejauh 10 km dan kategori lima km,” katanya.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, sambutan menggalakkan yang terima itu akan menyemarakkan lagi industri pelancongan di negeri ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.