Kuasai pelbagai cabang ilmu terkini untuk manfaat ekonomi – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 17 Ogos : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, umat Islam perlu mendalami dan menguasai ilmu falak yang mampu memberi manfaat ekonomi yang besar pada masa hadapan.

Menurut Premier Sarawak itu, ini kerana cabang ilmu berkenaan penting kerana berkait rapat dengan teknologi maklumat, bidang digital dan komunikasi yang diperlukan untuk mentadbir negeri.

Katanya, cabang ilmu itu pada asalnya dipelopori oleh ilmuan Islam namun kini ia dikuasai dan seterusnya dimanfaat oleh masyarakat Barat.

“Digital ini asasnya ialah algorithm dan siapa yang menciptanya. Yang menciptanya ialah sarjana Islam tetapi (kini) orang lain yang menggunakannya.

“Jadi sebab itu kita di Sarawak cuba untuk memastikan ilmu kita selari dengan ilmu yang terkini untuk mentadbir negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penangguhan Program Liqa Mahabbah Jabatan Mufti se-Malaysia di sini malam tadi.

Menurut Abang Johari, menerusi penguasaan ilmu berkenaan, umat Islam mampu mencorak langkah ke arah ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan cabang ilmu yang terkini.

“Ilmu ini kemudiannya boleh diterjemah dan ditransformasi agar boleh dimanfaat untuk menguruskan ekonomi,”katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.