Chee How keluar PSB keputusan luar jangkaan – Dr. Sim

Spread the love

KUCHING, 17 Ogos : Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) merupakan keputusan luar jangka, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata, secara peribadi beliau tidak menyangka perkara berkenaan namun enggan membuat sebarang spekulasi.

“Saya terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh beliau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca berita berkaitan >>>> “Sudah lama saya mahu keluar PSB, sedia ‘lihat’ notis perundangan oleh bekas parti,” – Chee How

Chee How semalam memaklumkan beliau sudah lama ingin keluar daripada PSB dan mahu menjadi wakil rakyat bebas yang tidak terikat dengan mana – mana parti politik.

Terdahulu, Dr. Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak hadir pada Majlis Penyerahan Hadiah dan Sumbangan Amal sempena Kuching Festival Food Fair 2022 (KFF) di sini hari ini. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.