Tun Abdul Taib dan Abang Johari dijadual hadiri sambutan Hari Kebangsaan di Betong

Spread the love

KUCHING, 16 Ogos : Yang di- Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan hadir pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Betong, tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Menteri bertanggungjawab bagi sambutan itu, Datuk Julaihi Narawi berkata, acara akan berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

“Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, pelbagai acara menarik telah diatur sempena sambutan berkenaan.

“Majlis sambutan rasmi Malam Ambang Merdeka juga berlangsung di Betong.

“Pada Hari Kebangsaan iaitu 31 Ogos pula, antara program yang disusun termasuklah unity ride ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Tun Abdul Taib di sini hari ini.

Kunjungan berkenaan ialah bagi menghantar jemputan rasmi kepada Yang di- Pertua Negeri Sarawak itu ke majlis berkenaan.

Julaihi berkata, program akan bermula pukul 8 pagi dan dua jam selepas itu, Abang Johari dijadualkan tiba, disusuli kehadiran Tun Abdul Taib pada pukul 10.30 pagi.

“Upacara menaikkan bendera Malaysia akan menjadi acara kemuncak pada sambutan itu nanti,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.