TERKINI : Sarawak tambah sasaran suntikan ekonomi kepada RM100 bilion

Spread the love

KUCHING, 16 Ogos : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak menyasarkan untuk menyuntik RM100 bilion dalam ekonomi tempatan menjelang 2030.

Menurut Premier Sarawak itu, sasaran itu lebih tinggi berbanding unjuran RM60 bilion sebelum ini.

Ujar Abang Johari, ‘sasaran baharu’ dibuat berdasarkan pelbagai sektor ekonomi baharu yang diteroka Sarawak ketika ini.

“Ini menjadikan pendapatan yang akan diperoleh Sarawak lebih banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan Sarawak Energy dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu, Abang Johari berkata, sasaran yang diletakkan RM60 bilion terhadap ekonomi Sarawak sebelum ini bersifat konservatif.

“Sarawak Energy pula dijangka akan meletakkan RM40 billion menjelang 2026.

“Ini memberi harapan buat Sarawak untuk mencapai lebih banyak,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.