Sarawak Energy meterai MoU dengan CIDB, pacu industri pembinaan

Spread the love

KUCHING, 16 Ogos : Sarawak Energy memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini.

Majlis menandatangi MoU berkenaan yang berlangsung Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) turut disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

MoU berkenaan menandakan kedua – dua pihak akan bekerjasama dalam program pembinaan kapasiti untuk kakitangan pembinaan yang mahir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili berkata, MoU berkenaan bermakna bermula secara rasmi kerjasama strategik selama lima tahun membabitkan kedua-dua organisasi.

“MoU ini juga berhasrat untuk membina kapasiti kontraktor dan subkontraktor Bumiputera,” katanya.

Berita lanjut menyusul. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.