Misteri batu nisan berselerak di Sibu terjawab, lelaki ditahan polis

Spread the love

SIBU, 16 Ogos : Misteri batu nisan ‘berselerak’ di Tanah Perkuburan Islam Al – Qadim di sini, terjawab apabila polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang dipercayai terlibat melakukan perbuatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditahan pada pukul 3 petang semalam di sekitar kawasan tanah perkuburan itu.

Suspek ditahan pada pukul 3 petang semalam di sekitar kawasan tanah perkuburan itu. Foto: IPD Sibu.

Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 1.21 petang oleh seorang lelaki mengenai batu nisan kubur bapanya telah dicabut.

“Sepasukan anggota polis yang diarahkan ke tempat kejadian berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Difahamkan, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu tinggal di situ.

Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati beberapa batu nisan telah dicabut dan dirosakkan malah ada yang diletakkan pada dahan pokok.

Zulkipli memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.