Kembara Merdeka Keluarga Malaysia singgah di Sarikei dan Bintangor

Spread the love

SARIKEI, 16 Ogos : Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) peringkat Sarawak singgah ke daerah ini dan Bintangor hari ini.

Wakil Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak, Norehan Kipli berkata, Sarikei menjadi lokasi persinggahan ke-13 konvoi berkenaan selepas memulakan siri jelajah di Telok Melano pada 10 Ogos lalu.

“JaPen mengucapkan terima kasih kepada komuniti Keluarga Malaysia yang memberi sokongan padu.

“Setakat ini KMKM berjalan lancar dan berharap perjalanan dipermudahkan sehingga kita menamatkan konvoi,”katanya.

Menurut Norehan, selepas selesai program bersama komuniti di Sarikei dan Bintangor, peserta KMKM Sarawak akan meneruskan perjalanan ke 24 lokasi lain.

“Konvoi kita akan berakhir di Betong pada 31 Ogos depan,”katanya.

Program Merdeka @ Komuniti merupakan acara tahunan JaPen yang memberi tumpuan kepada komuniti setempat dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.