1,250 peserta sahkan penyertaan pada Pesta Benak 2022 Sri Aman

Spread the love

KUCHING, 16 Ogos : Seramai 1,250 peserta mengesahkan penyertaan pada Pesta Benak Edisi ke-19 di Sri Aman yang akan bermula pada 9 September depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Datuk Francis Harden Hollis berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan memberangsangkan berbanding ketika kali terakhir dianjurkan pada 2019.

Kata beliau, tiga tahun lepas jumlah peserta yang mengambil bahagian ialah seramai 980 orang sahaja.

“Ini menunjukkan semakin ramai orang berminat dengan Pesta Benak dan memberi kesan positif terhadap usaha mempromosikan Sri Aman kepada pelancong luar,”katanya.

Beliau berkata demkian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  di sini hari ini.

Kunjungan itu bertujuan untuk menjemput Tun Abdul Taib merasmikan majlis penutup pesta berkenaan pada 11 September.

Sementara itu, Francis Harden yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, peserta kali ini turut melibatkan dari seluruh Sarawak.

“Sasaran yang ditetapkan oleh penganjur sebelum ini iaitu seramai 1,000 penyertaan sahaja.

“Saya dimaklumkan tempahan hotel di sekitar bandar itu sudah penuh ketika pesta berkenaan berlangsung,” katanya.

Tambah beliau, edisi kali ini akan menyaksikan 17 acara dipertandingkan dengan Regatta Benak dijangka akan menjadi tumpuan utama. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.