Malaysia sambar emas hari pertama Kejohanan Boling Remaja Asia

Spread the love

KUCHING, 15 Ogos : Bandar raya Bangkok, Thailand hari ini memberi khabar gembira kepada peminat sukan negara apabila pasukan hoki dalam dewan lelaki dan pasukan boling remaja lelaki masing – masing muncul juara.

Selepas kejayaan pasukan hoki, pemain boling negara, Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh turut menyambar pingat emas acara perseorangan lelaki pada hari pertama kejohanan.

Beraksi di Blu – O Rhytm & Bowl Ratchayothin, Shaqeem Izwan Teh yang turun dalam skuad kedua petang tadi mempamerkan kebangkitan hebat pada dua permainan terakhir apabila menjatuhkan 279 dan 259 pin.

Pada empat permainan awal, dia yang meraih pingat gangsa acara berpasukan campuran Kejohanan Remaja Dunia Bawah 21 di Sweden baru – bari ini melakukan catatan 205,265, 233 dan 196 untuk jumlah keseluruhan 1,435 pin.

Catatan itu membolehkan wakil negara mengatasi pemain Taiwan, Lan Shao Kang yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua setelah membenam 1,407 pin.

Pingat gangsa dimenangi pemain Kuwait, Abdul Rahman Alkandari yang mengumpul 1,406 pin.

Dalam aksi sebelah pagi, seorang lagi pemain Malaysia, Ariel Amri Suhaimi turut menarik perhatian apabila melakukan permainan sempurna 300 pin pada game kelima namun hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-16 daripada 63 pemain dengan jumlah keseluruhan 1,300 pin.

Bagi kategori perempuan pula, Malaysia tidak berjaya menambah pingat apabila Anis Hannani Romzi menamatkan cabaran di tempat kelima. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.