Kanak-kanak lelaki rentung, lima melecur dalam kebakaran

Spread the love

KINABATANGAN, 15 Ogos : Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Perpaduan, Jalan Kinabatangan, dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

Jelas PGO, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikerah ke lokasi.

“Mangsa, Mohd. Adlinsyah Mohd. Adsni, 6, ditemui rentung dalam bilik tidur.

“Kemalangan itu juga menyebabkan lima ahli keluarganya cedera apabila melecur hingga 70 peratus,”jelas PGO menerusi kenyataan media. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.