COVID-19 : Dua pesakit maut di Sibu dan Miri

Spread the love

KUCHING, 15 Ogos : Dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 7 hingga 13 Ogos lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memaklumkan, kes kematian masing – masing membabitkan pesakit di Sibu dan Miri.

Laporan mingguan kes COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 7 hingga 13 Ogos lepas. Sumber: JPBNS
Dalam pada itu, sebanyak 731 kes baharu dilaporkan pada tempoh sama sekaligus menjadikan jumlah kumulatif meningkatkan kepada  310,974 kes sejak dilanda pandemik.

“Berdasarkan jangkitan baharu yang disahkan, sebanyak 16 berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 242 kes, diikuti Miri dengan 141, Sibu (119) dan Bintulu (71).

Sebanyak enam daerah antaranya Sebauh, Tanjung Manis dan Kabong tidak mencatatkan sebarang jangkitan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.