Pelabuhan Lawas terletak di lokasi laluan antarabangsa strategik

Spread the love

LAWAS, 14 Ogos : Institut Marin Malaysia (MIMA) mendapati lokasi pelabuhan laut yang dicadangkan di Lawas terletak dalam zon ekonomi yang dijangka aktif pada masa hadapan.

Ketua Pengarah MIMA, Datuk Dr Sabirin Ja’afar, memberitahu bahawa hasil kajian awal mendapati pelabuhan Lawas memiliki kedalaman semula jadi yang sesuai dan terletak pada kedudukan geografi yang strategik.

Kajian awal MIMA turut melihat potensi Lawas sebagai hab perdagangan dengan ibu negara baharu Indonesia di Nusantara, Kalimantan, yang terletak berhampiran Lawas.

Selain itu, lokasi pelabuhan ini juga berada dalam zon perdagangan antarabangsa, iaitu Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur–Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang merupakan kuasa ekonomi yang kian berkembang.

Pada masa yang sama, MIMA kini sedang membuat kajian secara menyeluruh tentang pelabuhan di seluruh Malaysia yang melibatkan alam sekitar, unjuran ekonomi dan sebagainya, termasuk pelabuhan laut dalam Lawas.

Dr Sabirin optimis bahawa pelabuhan Lawas mempunyai masa depan yang amat baik, dan pihaknya bersama agensi lain yang berkaitan akan terus menjalankan kajian mendalam meliputi segala aspek yang penting. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.