Kuching North Cat Show bagi pencinta kucing pada 20 Ogos ini

Spread the love

KUCHING, 14 Ogos : Pencinta kucing pastinya gembira dengan adanya anjuran pertandingan Kuching North Cat Show 2022 pada 20 Ogos ini.

Acara anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan beberapa persatuan kucing itu bakal diadakan di Mydin Petra Jaya di sini dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Menurut laman web DBKU, pemilik kucing yang ingin mendaftarkan kucing mereka untuk pertandingan itu boleh mendaftar dari sekarang hingga 18 Ogos.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Kucing Tempatan Sarawak, Anak Kucing Bulu Pendek, Anak Kucing Bulu Panjang, Kucing Dewasa Bulu Pendek dan Kucing Dewasa Bulu Panjang.

Pemenang bagi setiap kategori tersebut akan memenangi wang tunai RM400 di samping trofi, makanan kucing dan roset.

Selain itu, hadiah wang tunai RM500 juga ditawarkan bagi pemenang ‘Best in Show’.

Kategori lain yang ditawarkan termasuk Kucing Berpakaian Seragam dan Pertandingan Hiasan Sangkar Kucing.

Manakala antara aktiviti menarik pada hari tersebut termasuk meneka berat kucing dan pertandingan mewarna kucing.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Eein dari Royale Borneo Cattery di talian 018-9699186 atau e-mel di [email protected], atau hubungi Bahtiar Affendi dari Muzium Kucing di talian 010-2883103, Edward Reggie di talian 013-8210403, Kenny Pungga di talian 011-3634 4210, atau e-mel [email protected]

Orang ramai juga boleh melayari https://dbku.events/kuching-north-cat-show-2022/ untuk mengetahui lanjut syarat-syarat penyertaan dan butiran lain. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.