ADUN Batu Lintang keluar PSB

Spread the love

KUCHING, 14 Ogos : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How umum keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuatkuasa 12 Ogos 2022.

Perkara itu disahkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada satu sidang media di sini, hari ini.

“Saya menerima sepucuk surat daripada Yang Berhormat Batu Lintang See Chee How.

“Dia tidak melompat parti, dia hanya meletak jawatan dan menjadi ahli bebas dalam DUN Sarawak,” kata Mohamad Asfia.

Dalam pada itu, Mohamad Asfia berkata Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 dijangka diadakan pada November tahun ini.

Untuk rekod, See Chee How berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai ADUN Batu Lintang setelah menewaskan empat calon lain dengan undian sebanyak 4,420 pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 lalu.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PSB itu menang majoriti sebanyak 93 undian. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.