YSH Motors Trading tawar kenderaan pelbagai segmen

Spread the love

KUCHING,14 Ogos: Kepelbagaian jenis kenderaan merupakan antara aspek penting yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli kenderaan terpakai.

Itulah yang ditawarkan syarikat jualan kereta terpakai, YSH Motors Trading, yang mengetengahkan idea penawaran semua jenis segmen kenderaan kepada pelanggannya.

Syarikat yang sudah beroperasi selama 13 tahun itu menawarkan pelbagai jenis kenderaan, bermula daripada kereta jenis mampu milik hingga kepada kereta jenis mewah.

Menurut Pengurus YSH Motors Trading, Cawangan Kota Samarahan, Edwin Wee Shou Hung, antara sebab utama syarikatnya menjual kereta mampu milik adalah untuk membantu golongan pelajar dan keluarga yang memerlukannya bagi kegunaan seharian.

“Kami di YSH lebih menawarkan kereta kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dan juga terutamanya kepada pelajar yang baharu tamat pengajian.

“Contoh-contoh kereta yang kami tawarkan buat golongan ini ialah seperti Proton Saga, Preve, Perodua Myvi atau Axia,” katanya.

Edwin menceritakan bahawa pengalamannya pada masa lalu sewaktu tamat pengajian menjadi antara faktor yang mendorongnya untuk membantu golongan pelajar mendapatkan kereta.

“Saya memahami keadaan pelajar yang baharu tamat pengajian, sebab saya pun mempunyai pengalaman ini.

“Dulu waktu saya tamat belajar, saya nak pergi kerja, tak dapat pergi kerja sebab tiada pengangkutan dan terpaksa meminta tolong orang sekeliling untuk hantarkan.

“Saya faham masalah ini. Oleh itu, dengan pengalaman yang saya ada, saya akan membantu pelajar lepasan untuk dapatkan kereta,” katanya.

Selain itu, syarikatnya turut menawarkan pacuan empat roda yang popular dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Menurut Pengurus YSH Motors Trading, Cawangan Batu Tiga dan Jalan Tun Jugah, Teo Eng Jui, kenderaan pacuan empat roda sering mendapat permintaan yang tinggi, terutamanya daripada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman atau bekerja dalam sektor pembinaan dan pertanian.

“Kami juga menjual kenderaan pacuan empat roda (4×4) di mana harga yang kami tawarkan bermula daripada RM20,000 hingga RM100,000 mengikut jenama dan tahun keluaran.

“Kami merupakan penjual pacuan empat roda terpakai terbesar di Sarawak dan kesemua stok tersedia.

“Golongan yang membeli jenis kereta ini kebiasaannya daripada kalangan yang tinggal di pedalaman dan bekerja sebagai peneroka kelapa sawit dan juga kontraktor,” katanya.

Selain itu, kereta terpakai jenis mewah juga antara yang ditawarkan oleh YSH buat golongan berkemampuan.

“Kami mempunyai hampir kesemua jenis kereta mewah dan kami mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam menjualnya

“Antaranya seperti Toyota Vellfire, Alphard, Nissan Serena dan lain-lain,” katanya.

YSH Motors Trading mempunyai lima cawangan di sekitar Kuching dan Samarahan, di mana ia bukan sahaja menjual kenderaan terpakai, tetapi juga membelinya dengan harga yang tinggi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.