Tiga lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alkohol di Sibu

Spread the love

SIBU, 13 Ogos : Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Tuanku Osman di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mereka yang masing-masing berusia 57, 41 dan 39 tahun ditahan dalam operasi ‘Op Mabuk’ yang dilancarkan pihaknya selama lima jam, berakhir pukul 3 pagi tadi.

Katanya, kesemua rakyat tempatan itu kini disiasat mengikut Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had yang ditetapkan.

Sementara itu beliau memberitahu, sebanyak 26 keping saman telah dikeluarkan dalam operasi itu.

“Antara kesalahan yang dikenakan saman termasuklah berkaitan nombor pendaftaran, gagal menunjukkan lesen memandu, tiada lesen memandu, ubah suai ekzos dan tiada cermin sisi,” katanya dalam kenyataan hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.