Lebih 30 kenderaan sertai konvoi KMKM

Spread the love

KUCHING, 13 Ogos : Lebih 30 kenderaan dari pelbagai agensi di Sarawak menyertai Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM).

Pengarah Penerangan Sarawak, Jaafar Jantan berkata, konvoi berkenaan akan merentasi 33 daerah di Sarawak menerusi 37 ‘pit stop’.

“Pada tahun ini, penerangan mengadakan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia di seluruh Sarawak.

“Penyertaan kali ini melibatkan sebanyak 30 buah kenderaan dari pebagai agensi yang mana mereka akan merentasi 33 daerah di Sarawak menerusi 37 ‘pit stop’ dengan perjalanan sejauh lebih kurang 4025 km bermula dari Telok Melano, sehingga ke Lawas dan berpatah balik ke Betong pada 31 Ogos ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Selain konvoi KMKM, program melibatkan golongan belia juga turut disusun atur selari dengan objektif untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada kepada negara.

Mereka yang berminat boleh layari laman sesawang http://merdeka360.my/web/. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.