Kerajaan peruntuk RM718 juta BKM di Sabah

Spread the love

KOTA KINABALU, 13 Ogos : Kerajaan memperuntukkan RM718 juta Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di Sabah.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 795,906 penerima BKM telah diluluskan yang memperuntukkan jumlah bantuan BKM bernilai melebihi RM 718 juta.

Beliau menambah, pada tahun 2021, terdapat seramai 1,261 orang penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang tiada akaun bank.

Ia merangkumi mukim Nabawan, Sapulut, Pemuntarian, Pagalungan, Pensiangan, dan Tatalaan dengan jumlah keseluruhan wang tunai hampir RM900 ribu.

Katanya, jumlah penerima bantuan yang tiada akaun bank di Daerah Nabawan menerima kepada 630 orang dengan jumlah wang tunai hampir RM528 ribu.

“Namun begitu penerima bantuan BKM yang mempunyai akaun bank bertambah berbanding tahun lepas,” katanya ketika merasmikan Mobile Community Services di sini, pada sabtu.

Dalam pada itu, Arthur memberitahu, kerja-kerja pembinaan Jalan Sapulut ke Salung ke Pagalungan sehingga ke Pensiangan sepanjang 96km yang juga merupakan projek pembinaan jalan raya terpanjang di Sabah dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

“Projek pengaspalan jalan raya daripada Kg. Rancangan Belia Tiulon ke Kg Simbuan sejauh 42km telah diluluskan dan kerja-kerja awalan seperti penilaian makmal untuk menentukan laluan telah dilaksanakan oleh pihak JKR,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.