Kerajaan lebar ruang kepada golongan B40 tingkatkan pendapatan dalam sektor maritim

Spread the love

LAWAS, 13 Ogos : Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan melebarkan ruang kepada golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor maritim.

Ini melibatkan penyertaan pelaut bertauliah untuk bekerja dengan kapal dagang tempatan mahupun antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Sum Agong menjelaskan seramai 56 peserta dari 15 buah kampung di daerah Lawas menyertai kursus untuk mendapatkan Sijil Kekompetenan Mualim Pelayaran Terhad (COC) di sini.

Pengangkutan laut bagi daerah Limbang dan Lawas penting untuk berhubung selepas penutupan sempadan darat Brunei semasa pandemik COVID-19 dan pada awal peringkat endemik.

Ini berikutan penutupan sempadan darat oleh negara Brunei untuk mengekang penularan COVID-19 di negara tersebut.

Manakala pada fasa endemik, yang menyaksikan sempadan darat Brunei dibuka pada 1 Ogos lepas, isu prosedur ketat dan pengenaan caj levi dilihat membebankan penduduk di daerah Limbang dan Lawas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.