D’ Fluffy Five juarai Amazing Race Sarawakku Sayang 2022

Spread the love

KUCHING, 13 Ogos : Kumpulan D’Fluffy Five yang mewakili Perbadanan Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC) menjuarai pertandingan Amazing Race Wanita Sarawak yang berlangsung hari ini.

Wakil kumpulan itu, Roslinda Jais berkata, mereka tidak menyangka akan menamatkan cabaran perlumbaan lasak itu sebagai juara kerana menyertainya buat kali pertama.

“Tujuan kumpulan kami sertai acara ini adalah kerana mahu mencabar diri di samping mempamerkan semangat berpasukan untuk sama – sama selesaikan cabaran yang diberikan,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota – anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Negeri Sarawak itu berlangsung di Damai Beach Resort, Santubong.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi yang juga penaung MAKSAK Wanita Sarawak merupakan tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah.

Sebanyak  50 kumpulan menyertai pertandingan amazing race dengan setiap kumpulan diwakili lima peserta.

Terdahulu, acara flag-off pertandingan disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, yang juga Pengerusi MAKSAK Negeri Sarawak, di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.