Anak beruang mabuk selepas minum ‘madu gila’ di Turkiye

Spread the love

KUCHING, 13 Ogos : Seekor anak beruang ditemui dalam keadaan ‘mabuk’ selepas dipercayai meminum ‘madu gila’ secara berlebihan di Duzce, barat Turkiye pada Khamis.

Memetik laporan Reuters, anak beruang berwarna coklat itu kelihatan terhuyung-hayang dan merengek di belakang trak pikap setelah diselamatkan pasukan penyelamat taman negara.

Madu gila atau ‘deli bal’ dalam Turkiye, merupakan sejenis madu rhododendron yang memberikan kesan halusinasi.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan mamalia jenis omnivor itu telah dibawa ke klinik veterinar untuk rawatan dan kini dilaporkan semakin pulih.

“Dalam beberapa hari lagi, anak beruang itu akan dilepaskan kembali ke habitatnya,” kata pegawai veterinar negara berkenaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.