Lembaga Lada Malaysia disaran guna pendekatan teknologi tingkat kualiti lada

Spread the love

KUCHING, 12 Ogos: Lembaga Lada Malaysia disaran menggunakan pendekatan teknologi bagi meningkatkan kualiti lada pada peringkat ladang dan juga lada eksport negeri.

Pengerusi Lembaga Lada Malaysia, Badaruddin Dato’ Mokhsen, berkata perkara itu disarankan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika rombongannya mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari pada Jumaat.

“Beliau telah memberi satu pendekatan baharu, iaitu lebih menggunakan teknologi, digital teknologi. Jadi antara yang beliau sebut spesifik tadi ialah mengenai kita boleh berkolaborasi dengan Pejabat Tanah and Survei kerana mereka mempunyai satu sistem yang agak ulung di dunia dan pernah mendapat ‘award’, untuk membuat study tanah, dan ada 3D.

“Insya-Allah, akan dapat membantu peladang kita, khususnya petani dan peladang lada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pernah memenangi Anugerah Pencapaian Khas bagi penggunaan Geographic Information System (GIS) pada Persidangan Pengguna ESRI 2022 di San Diego, California, Amerika Syarikat.

Anugerah tersebut diberikan kepada organisasi antarabangsa yang menggunapakai dan mengiktiraf teknologI GIS.

Sistem ini dibangunkan pada 24 Julai 2018 untuk menambahbaik perkhidmatan kepada pengguna berhubung pentadbiran tanah selain memudahkan masyarakat melakukan sebarang urusan berkaitan secara dalam talian.

Badaruddin turut memberitahu, pihaknya akan mengadakan satu persidangan di Kuching pada tahun depan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah.

“Kita turut memberitahu kepada Premier bahawa kita akan berkolaborasi dengan dua kementerian ini untuk mendapatkan pengiktirafan ‘Independent International Pepper Community’ (IPC).

“Insya-Allah, kita akan adakan tahun hadapan, mungkin pada Mac atau April, dan berpusat di Kuching, supaya kita dapat meletakkan nama Kuching dan Sarawak di persada dunia,” tambahnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.