Fusang Exchange dan Baxian ingin jalin kerjasama dengan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 12 Ogos: Fusang Exchange Limited Corporation dan Baxian Bank Limited mezahirkan minat untuk berkerjasama dan membantu dalam menyuntik pembangunan  Sarawak.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tun Dato’ Seri Dr Mohamed Hashim Mohd Ali, yang juga pengerusi Fusang Exchange dan Baxian berkata pembangunan Sarawak kini mula menarik tumpuan bukan sahaja dari pihaknya, tetapi juga orang luar yang lain.

“Pembangunan di Sarawak sebenarnya jauh lebih pesat berbanding yang saya dapat lihat dahulu ketika saya masih menjadi seorang pegawai,” katanya.

Beliau menambah bahawa tahap pembangunan Sarawak kini berada pada tahap yang amat baik dan Sarawak juga mempunyai pengalaman yang luas terutama sekali dalam bidang pendigitalan dan ia telah menjadi faktor pihaknya ingin bekerjasama dengan Sarawak.

“Kami, Fusang Exchange dan Baxian Bank berharap untuk mendapat peluang bekerjasama dengan kerajaan Sarawak satu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya.

Rombongan beliau kemudiannya turut melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia

Turut mengiringi beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Fusang Exchange, David Chong. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.