Bacaan IPU di Sri Aman semakin meningkat

Spread the love

KUCHING, 12 Ogos : Sri Aman terus mencatatkan bacaan indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang tadi.

Berdasarkan indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman mencatatkan bacaan 153.

Sementara itu, pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati bacaan itu disebabkan oleh pembakaran terbuka di kawasan pertanian berhampiran stesen Sri Aman.

Justeru, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar menasihati penduduk yang berhampiran kawasan IPU melebihi 150 untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan.

“Jika perlu berada di luar rumah atau bangunan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca > > > Bacaan IPU Serian cecah 83

Selain itu, beliau juga mengingatkan semua pihak untuk tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah.

Menurut Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, merek yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara selama tempoh maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan,” tegasnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.