Mayat warga emas ditemukan terapung di Sungai Sarawak

Spread the love

KUCHING, 11 Ogos : Bau busuk yang ‘menganggu’ penduduk sejak semalam membawa kepada penemuan mayat reput seorang lelaki di sungai Kampung No 6, Jalan Pantingan, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata, identiti lelaki itu disahkan sebagai Tan Phoo Leng, 80, yang berasal dari Jalan Nanas.

Katanya, rekod itu sepadan dengan laporan orang hilang yang dibuat pada Selasa lepas.

“Tiada unsur jenayah dikesan pada mayat mayat mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis telah memaklumkan kepada keluarganya,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, seorang saksi, Matthies Dominic, yang merupakan pekerja di sebuah syarikat pembersihan ketika di temui TVS berkata, dia dan rakan-rakannya sedang membersihkan sungai apabila mereka terjumpa objek yang menyerupai tubuh manusia dan kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.

Sementara seorang lagi saksi yang tinggal di rumah berhampiran, Fatimah Atin Rahmat berkata, mereka telah mula tercium bau yang tidak menyenangkan sejak petang kelmarin namun tidak dapat pasti puncanya.

Mayat yang berpakaian baju bunga dan seluar hijau telah dikeluarkan dari sungai pada pukul 1. 57 petang dan dihantar Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.