Mayat wanita warga asing ditemukan reput dalam pondok usang

Spread the love

KOTA KINABALU, 11 Ogos : Mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di dalam pondok usang belakang sebuah stesen minyak di Kampung Tebobon, Menggatal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaidi Abdullah berkata, mayat wanita yang dianggarkan berumur lingkungan 50 an itu yang ditemukan pada pukul 10.15 pagi.

Katanya, pemeriksaan forensik mendapati kedua-dua belah tangan dan kaki telah reput.

“Polis percaya pondok usang berkenaan dijadikan sebagai tempat tinggal wanita itu sebelum dia ditemukan mati,” katanya menerusi kenyataan media.

Mohd. Zaidi berkata, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati rumah setinggan di kawasan berkenaan dihuni oleh warga asing.

“Temu bual ke atas beberapa penduduk tidak mendapat sebarang maklumat berkaitan identiti wanita itu dan setakat ini polis juga tidak mengesan unsur jenayah dalam kes ini,” katanya.

Beliau memberitahu, mayat telah dihantar ke bahagian forensik dan bedah siasat akan dijalankan sebaik sahaja keputusan ujian COVID-19 diperolehi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.