Lombong bitcoin Sibu curi elektrik cecah setengah juta diserbu polis

Spread the love

SIBU, 11 Ogos : Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perlombongan bitcoin yang menggunakan sumber elektrik secara haram di Jalan Serai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kegiatan kumpulan berkenaan menyebabkan kerugian mencecah setengah juta ringgit kepada SESCO Berhad (SESCO).

Katanya, serbuan dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu bersama SESCO pada pukul 12.50 tengah hari.

“Lokasi serbuan merupakan sebuah rumah dua tingkat di jalan itu yang dijadikan sebagai lombong bitcoin dengan cara penyambungan elektrik secara haram,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi telah menjumpai sebanyak 34 unit mesin kripto yang dianggarkan bernilai RM38,000.

Zulkipli berkata, penggunaan bekalan elektrik ‘luar biasa’ tanpa rekod dikesan oleh pihak SESCO di stu yang dianggarkan mencecah RM496,000.

Jelasnya, kesemua barang rampasan dibawa ke IPD Sibu untuk siasatan lanjut.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.