Lagi objek dipercayai serpihan roket China ditemui di Pantu

Spread the love

PANTU, 11 Ogos : Objek dipercayai serpihan komponen roket milik China ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Semawa Baru, dekat sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, Penolong Penguasa Bomba Ramlan Marajan berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan penemuan serpihan logam itu pada pukul 11.56 pagi.

Katanya, objek itu dijumpai seorang lelaki warga emas yang melalui kawasan itu pada pukul 11.50 pagi.

“Objek berwarna perak ini berukuran 2.3 meter panjang dengan satu meter lebar selain berketebalan lima milimeter dan terdapat kesan pecah.

“Namun, pada peringkat awal kami hanya melakukan pemantauan sementara menunggu ketibaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan Jabatan Kimia,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan susulan unit khas itu, objek berkenaan tidak mempunyai kesan bahan radioaktif dan selamat disentuh.

Serpihan itu katanya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.