Borang pohon status warganegara perlu lengkap – Fatimah

Spread the love

KUCHING, 11 Ogos : Kerajaan negeri terus meningkatkan usaha untuk membantu rakyat Sarawak yang berdepan masalah tidak memiliki status kewarganegaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk memastikan borang permohonan yang dihantar lengkap untuk memudahkan proses kelulusan.

Katanya, aspek berkenaan perlu diberi penekanan kerana terdapat kes sebelum ini permohonan ditolak disebabkan borang tidak lengkap.

“Senarai semak untuk melengkapkan borang disediakan oleh pihak JPN akan diteliti semula supaya apabila sampai Putrajaya nanti (permohonan) tidak ditolak kerana dokumen tidak lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Perubatan Traditional dan Komplementari (TCM) Sunway serta Pusat Kesuburan Sunway, di sini, hari ini.

Ditanya tentang jumlah permohonan kewarganegaraan membabitkan rakyat Sarawak yang masih belum diluluskan, Fatimah berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat data lengkap.

Namun demikian beliau memberi jaminan menerusi kaedah permohonan yang dipantau rapi, kementerian akan dapat mengenal pasti jumlah sebenar melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.