Agihan kerusi GRS masih dalam rundingan

Spread the love

SEMPORNA,11 Ogos: Pembahagian kerusi bagi Komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) masih lagi dalam rundingan dan belum dimuktamadkan.

Demikian menurut Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang turut tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertindihan kerusi antara parti komponen.

“Mungkin ada yang bertindih, tapi saya fikir semua komponen boleh bertolak ansur demi memastikan kemenangan berpihak kepada GRS,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Akar Umbi di sini.

Beliau berkata, Bersatu Sabah juga telah meminta semua ketua-ketua bahagian untuk menghantar nama yang mahu dicalonkan pada PRU15 nanti.

“Kita mahukan semua calon yang kita letakkan dalam PRU akan datang boleh memenangi kerusi kerana itu yang paling penting.

“Kita tidak mahu angkat semua jadi calon, tapi tidak boleh menang, sebaliknya mereka mesti dilihat boleh memenangi hati rakyat,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.