20,000 kes jenayah siber dicatatkan di seluruh negara tahun lepas – KDN

Spread the love

KOTA KINABALU, 11 Ogos : Lebih 20,000 kes jenayah dengan kerugian sebanyak RM560 juta dicatatkan di seluruh negara pada tahun lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata kes yang direkodkan termasuk buli siber di laman sosial, panggilan palsu dan penipuan e-mel yang semakin hari semakin meningkat.

Beliau berkata lebih kurang 13,000 kes jenayah siber dengan jumlah kerugian sebanyak RM539 juta pada tiga tahun lepas, namun angka tersebut tidak dinyatakan pada tahun 2020.

“Ekonomi digital dijangka akan menyumbang lebih 22.6 peratus menjelang 2025 menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini hari ini.

Abdul Halim yang  mewakili Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut berkata negara memerlukan ruang siber yang selamat dan terjamin bagi meningkatkan lagi keselamatan siber sebagai sasaran penting menerusi agenda ini.

katanya, privasi pemilik atau penghuni sasaran penting dalam KDN memberi tumpuan dan perhatian agar keselamatan maklumat sentiasa terjaga.

“Kita (KDN) mesti bergerak seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kerana revolusi ini merupakan kebergantungan kita sepenuhnya terhadap teknologi digital dan sebarang isu yang melibatkan keselamatan siber negara. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.