Tuntutan autonomi sektor kesihatan di Sarawak perlu kajian mendalam – Dr. Sim

Spread the love

KUCHING, 10 Ogos : Cadangan untuk menuntut autonomi membabitkan sektor penjagaan kesihatan di Sarawak memerlukan kajian mendalam sekiranya ingin dilaksanakan.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, pelbagai butiran perlu diteliti sebelum membentangkan perkara itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, antara perkara yang perlu direkodkan secara terperinci adalah seperti peratusan pekerja kesihatan yang kini berkhidmat di sarawak.

“Pertama sekali berkenaan peratusan jururawat, sekiranya lebih 90 peratus jururawat orang Sarawak, timbul persoalan adakah mereka cukup mahir?

“Adakah ahli farmasi, doktor serta pembantu perubatan yang berasal dari Sarawak mencapai 90 peratus? Semua ini kita perlu kaji termasuklah berapa banyak hospital yang perlu dinaik taraf,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan I, Datu Dr. Penguang Manggil dan Michael Tiang Ming Tee.

Mengulas lanjut ‘hasrat berkenaan’, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, perkara tersebut perlulah dikaji dan bukan hanya disebut sahaja. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.