TERKINI : Bacaan IPU Serian cecah 83

Spread the love
KUCHING, 10 Ogos : Indeks pencemaran udara (IPU) di Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 83 setakat pukul 5 petang tadi sekaligus menjadi kawasan ‘paling terkesan’ dilanda jerebu di Sarawak hari ini.
 
Tinjauan TVS di Sri Aman juga mendapati bahagian ini juga turut dilanda jerebu dengan jarak penglihatan yang semakin terhad.
 
Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), bacaan IPU di sini pada pukul 5 petang tadi ialah 57 iaitu pada tahap sederhana.
 
Turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Bintulu (66), Miri (61) dan Samarahan (62).
 
Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategori sebagai baik manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.
 
Bacaan 101 pula kategori tidak sihat.
 
Pada Isnin lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia0 mengeluarkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula jam 6 pagi pada 8 Ogos sehingga 6 pagi esok.
 
Menurut kenyataan itu, trajektori asap jerebu dari bahagian Kalimantan Barat , Indonesia dijangka memberi kesan jerebu di Serian, Kuching, Samarahan, Mukah, Sibu dan Kapit.
 
Sementara itu, dua kawasan yang mencatatkan IPU tertinggi di Malaysia ketika ini ialah Bukit Rambai, Melaka dan Seberang Perai, Pulau Pinang dengan masing – masing merekodkan IPU 86. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.