Polis Bintulu buru Tengku Nasrul disyaki terlibat kes rogol

Spread the love

BINTULU, 10 Ogos : Polis sedang memburu seorang penjawat awam dikenali sebagai Tengku Nasrul Haizal Mohd. Nasir bagi membantu siasatan satu kes rogol yang dilaporkan pada 29 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek berusia 33 tahun itu dipercayai telah melarikan diri.

“Mengikut rekod, lelaki itu mempunyai alamat asal di Tumpat, Kelantan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurikman Jadi di talian 019-4517155 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.